Orang Malaysia terutamanya pasti suka dengna musim sejuk di luar negara kerana musim yang tidak terdapat di negara sendiri. Jadi jom ikuti, senarai barang keperluan yang perlu dibawa ketika bercuti dalam musim sejuk di luar negara.

10 Barang Keperluan Perlu Dibawa Ketika Bercuti Dalam Musim Sejuk

Negara sekitar Asia Tenggara tiada tempat yang mempunyai 4 musim, jadi negara terdekat mungkin Australia, Jepun, Korea dan kawasan Asia lain.
Kebiasaanya negara Eropah dan Asia (kecuali Australian dan New Zealand) musim sejuk akan bermula Disember hingga Februari, musim bungan bermula Mac hingga Mei, musim panas, Jun hingga Ogos dan musim luruh bermula September hingga November)

Untuk negara Ocenia seperti Australia dan New Zealand, hujung tahun adalah musim panas dan musim sejuk bermula pada June hingga Ogos.

Musim sejuk kebiasaanya akan didatangi dengan salji dan menyebabkan suhu akan menjadi lebih sejuk sehingga suhu negatif.

Jadi disebabkan ini, anda perlu membuat persiapan yang rapi supaya anda tidaklah kesejukan ketika berada di negara tersebut.

Senarai Barang Keperluan Perlu Dibawa

Barangan ini juga mungkin sebahagian perlu dibawa tidak kira anda berada di mana-mana musim pun kerana ianya keperluan jika berada di negara orang. Ada juga barang yang sesuai walaupun negara itu sejuk tetapi tidak mempunyai salji.

1.   Winter Coat / Jaket

Mungkin ini antara barang yang paling penting jika dalam musim sejuk apatah lagi berhadapan dengan salji kan iaitu winter coat. 

winter coat

Tujuan winter coat ini pastinya melindungi diri dan membuat badan kita sentiasa dalam keadaan panas dan suam. Pastikan coat tersebut mempunyai hood yang membolehkan kita menutup kepala ketika angin bertiup.

Jika mempunyai bulu-bulu adalah bonus dan membuatkan diri kita lebih panas yang boleh hindari daripada suhu sejuk di luar.

Terdapat banyak jenis winter coat di luar, pilih jenis yang anda perlu dan pastikan ianya boleh memanaskan anda daripada suhu sejuk dan tiupan angin.


2.   Snow Cap

Snow Cap

Ianya merupakan aksesori tambahan jika tiada hood pada jaket kita. Jadi snow cap ini anda boleh pakai bagi melindungi kepala daripada kesejukan dengan salji atau tiupan angin. Ianya juga terdapat pelbagai jenis. Ikut keperluang dan kesesuaian diri anda


3.   Glove

Glove

Selepas winter coat, rasanya glove adalah keperluang terpenting kedua. Ianya mengelakkan tangan kita menggigil atau kesejukan. Jika tangan dah sejuk, banyak perkara yang kita tak boleh buat. Jadi mengelakkan tangan anda beku kesejukan, dapatkan glove yang bersesuaian.

Kalau nak main salji, jangan beli glove kain, takut senang basah. Pilih jenis plastik kot


4.   Winter Boots


Winter boots ini penting jika anda berada di musim sejuk yang mempunyai salji. Tetapi jika hanya sekadar sejuk, rasanya apa-apa jenis kasut sudah memadai. Kita pun tahu, suhu salji lebih sejuk, jadi winter boots ini pasti dapat panaskan kaki kita dan juga mengelakkan kasut kita basah.


5.   Stoking

Stoking

Kalau dah pakai boots atau kasut, kene la juga pakai stoking. Selain daripada keselesahan, ianya juga bertujuan melindungi kaki kita daripada sejuk yang mungkin ada pada permukaan kasut kita. Kaki dah sejuk nanti, susah pula nak jalan kan


6.   Ubat-Ubatan

Ubat-Ubatan

Inilah yang diberitahu pada awalnya, barang keperluan yang perlu dibawa walau dimana sahaja negara anda berada. Kita tak tahu mungkin kejadian buruk menimpa kita di negara orang. Lagi-lagi kepada mereka yang memang selalu berdamping dengan ubat.

Tolong bawa ubat anda ketika bercuti atau mengembara di tempat orang.


7.   Lip Bump

Lip Bump

Inilah mungkin jadi penyelamat kepada bibir anda. Pada musim sejuk, kawasan yang senang kering adalah pada bahagian bibir. Jika kering, maka senang la ianya merekah dan mungkin boleh berdarah.

Jadi sebelum ke negara musim sejuk, beli atau dapatkan lip bump terlebih dahulu. Pakai sentiasa lagi-lagi ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan bibir merekah.


8.   Heat Pack

Heat Pack

Inilah adalah pelindung terakhir. Ianya boleh dipakai jika anda betul-betul berada di dalam kesejukan. Untuk panaskan badan dan kawasan badan yang kesejukan, boleh letak heat pack ini.

9.   Flask


Flask boleh dibawa ketika anda berjalan-jalan ketika cuaca sejuk. Air panas yang disimpan pastinya dapat memanaskan badang kita pada bahagian dalam dan pasti akan memberi keselesaaan kepada kita.

10.   Cermin Mata Hitam

Cermin Mata Hitam

Walaupun pada musim sejuk, matahari tidaklah secerah dan sepanas pada musim panas, tetapi anda perlu bawah juga cermina mata hitam ini.

Ianya bertujuan bagi mengelakkan mata anda kering dan pedih ketika ditiup angin sejuk. Untuk maklumat lanjut, boleh baca sini, kenapa cermin mata hitam diperlukan ketika musim sejuk.

Info Lanjut :   Shopee/Icon/button   Lazada/Icon/button/#367DC4

Jadi itulah antara barang keperluang yang perlu dibawa ketika bercuti dalam musim sejuk. Mungkin ada lagi barangan lain yang anda tahu ianya perlu, anda boleh kongsikan cadangan di bahagian kotak komen dibawah.

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan di facebook dan twitter anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post