Di Tahan Di Imigresen Korea Selatan

Nampaknya bukan Perth, Australia sahaja ada travaller yang tidak dibenarkan untuk masuk ke negara mereka, Korea Selatan pun ada kes. Inilah berlaku kepada 5 sekawan yang dinafikan untuk masuk ke negara mereka walaupun segala persiapan lengkap sudah dibuat. Alih-alih mereka tiba di Bandung dan bukannya Korea Selatan.

Baca Juga : Bagaimana Sekumpulan Rakan Ini Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Sebenarnya kes ini bukanlah perkara yang ganjil berlaku jika anda travel ke mana-mana negara. Ianya hak negara tersebut untuk menahan anda kerana dikhuatiri anda berada di negara tersebut bukannya untuk bercuti tetapi untuk stay di negara tersebut dengan masa yang lama dan bekerja secara haram. Jadi PATI di negara orang.

Tetapi kes ini tidak ramai yang menceritakan pengalaman sendiri di media sosial. Lebih baik simpan sebagai kenangan. Tetapi individu Nor Azam ini tampil ke media sosial untuk menulis dan berkongsi pengalaman kepada mereka yang akan travel ke luar negara. Ianya sebagai peringata kepada kita semua juga.

Di Tahan Di Imigresen Korea Selatan

Pengalaman Di Tahan Di Imigresen Korea Selatan

So basically ni cerita pasal macamana aku (Nor Azam) pergi Korea Selatan balik hari lepastu tiba-tiba ada dekat Bandung. Hahahaha 🤣

First skali aku nak mintak maaf kalau cara penulisan aku agak berterabur sebab ni first time aku share pasal travel experience aku kat social media. Aku malas sebenarnya nak menulis tapi ramai kawan kawan aku suruh aku share pasal benda ni so here it is..

So nak dijadikan cerita aku dengan 4 orang kawan sekerja aku planning untuk pergi ke Korea Selatan (one year planning). Dah la cuti boss xnk sign (hampeh punya boss) tapi kitorang cuti jugak sbb semua dah book dah bayar. So 6 November 2019 tu flight ktorang. So mcm biasa la ready apa yang patut apa semua kiteorang pun fly to Korea.

Di Tahan Di Imigresen Korea Selatan

Bermula la kisah pengembaraan 5 anak muda ke Korea balik hari. Hahaha. So sampai je di Incheon Airport tu masing-masing dah excited dah ni (bende setahun plan mahu tak excited) so kitorang beratur la mcm biasa kan. Sampai giliran aku je kat imigration tu dia ambil passport aku lepastu dia mcm berbual-bual dgn kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk passport aku. Aku dah rasa lain macam dah. Lepastu benda yang aku jangka sebelum ni terjadi. Dia suruh aku tunggu kat tepi sambil dia kumpul semua kawan-kawan aku yg lain lepastu kiteorang dibawa ke bilik kuarantin aka bilik termenung.

Untuk pengetahuan korang, semua benda aku dah standby untuk benda ni. Semua dah print and aku compile untuk setiap seorang. Sebagai contoh :
  • Arrival / Custom Declaration form
  • Ticket balik
  • Complete itinerary 7 hari
  • Segala booking yang aku buat untuk theme park, Nami Island dan sebagainya
  • Booking hotel
  • Confirmation letter company
Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap sorang and aku dah suruh semua kawan aku study itinerary tu.

So sesi soal siasat pon bermula. Aku buat relax jela jawab jela apa dia tanya (aku xtau la kawan-kawan aku jawab mcm mana) tapi aku jawab mana aku boleh jawab. Pasal dia pon bukan tahu cakap english, dia pakai translator kau kena cakap dekat phone bongok dia tu lepastu orang tu translate kan. So aku tak rasa bende tu 100% efisyen. Tapi nak buat macam mana kan negara dieorang. Aku pon jawab segala soalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itenerary aku sepanjang kat sana.

Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang 2 jam dia pon keluarkan satu surat dia suruh aku sign tapi aku taknak sign (surat tak dibenarkan masuk Korea Selatan). Aku cakap dengan dia takboleh ke aku nak buat rayuan ke apa ke. Dia ckp tunggu dulu dalam bilik termenung tu. Aku pon tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dalam kelaparan.

8 jam berlalu, aku kawan-kawan aku dan bersama beberapa lagi tahanan kena escort ke satu lagi bilik menunggu. Dah mcm banduan aku rasa sbb kena beratur 3-3. Terkeluar dari barisan je kena marah weh.!! Hahahhaha.

Di Tahan Di Imigresen Korea SelatanDi Tahan Di Imigresen Korea Selatan

Dari aku kena tahan tadi sampai lah sekarang ni aku dengan member-member aku takde dapat air ke apa ke bapak lapar weh. Last makan dalam flight je. Dekat bilik termenung lagi sekali ni basically tengah tunggu masa balik je, so kiteorang pon redha jela. Tapi kiteorang sebenarnya tak diberitahu pon apa sebab kiteorang tak lepas masuk Korea, bila kiteorang akan balik apa semua kiteorang mcm TERGANTUNG SEPI je kat situ. Hisap rokok pon tak boleh lama-lama kene jerit dengan diorang. Babi sungguh layanan diorang. Lagi sejam gitu sebelum flight kiteorg, baru diorang bagi kiteorang roti dengan air satu. Tu je.

So aku pon tanya dengan salah sorang security kat situ yang macam ok sikit, boleh tak tengokkan kat white board tu kiteorang balik pukul berapa. So dia cakap kiteorang akan balik 11.30 pm malam itu juga. Sedap sikit hati ni sebab dapat balik. Aku dah tak fikir apa dah aku cuma fikir nak balik je tinggalkan tempat sial ni. Hahahahaha. Sorry not sorry.

Di Tahan Di Imigresen Korea SelatanDi Tahan Di Imigresen Korea Selatan

Nak dijadikan cerita lagi aku pon terasa la kesian kat kawan-kawan aku. Pasal ada 3 orang first time travel ke luar negara kena mcm ni. So aku tanya diorang berapa duit dieorang ada buat kira-kira time tu jugak and aku decide untuk bawak diorang pergi Bandung pasal Bandung ni da mcm kampung aku tiap-tiap tahun aku pergi. Aku pon call la contact aku kat bandung suruh tolong book kan apa yang patut yela bende betul-betul last minit. Dia pon setuju nak tolong semua Alhamdulillah. Tq mas bam nolongin aku. Siapa nak pergi bandung boleh contact dia ni. Bambang Wahyu Prayudi

Sampai KLIA2 pukul 5 pagi. Keluar pergi sarapan tunggu money changer bukak semua park kereta kat salak tinggi terus balik KLIA2 semua naik flight ke Jakarta pukul 2.30 pm and habiskan semua cuti and duit kiteorang kat Bandung.

Jadi tu lah cerita macam mana aku dengan kawan-kawan aku pergi Korea Selatan balik hari dan terus ke Bandung untuk menghiburkan hati yang lara.

Di Tahan Di Imigresen Korea SelatanDi Tahan Di Imigresen Korea Selatan


TOTAL DUIT LEBUR : RM2K/person

Tips Bila Travel Ke Korea Selatan

Sebelum aku akhiri tulisan aku ni aku nak pesan kepada semua orang yang nak ke Korea Selatan pastikan semua standby cukup-cukup, study betul-betul tapi mcm aku semua cukup still tak lepas. Anggap jela benda ni bukan rezeki. Rezeki aku dengan kawan-kawan aku kat Bandung disamping awek-awek bandung yang cun. SEKIAN.



Post a Comment

Previous Post Next Post