Cara Semak No Seat Flight. Takut Seat Tiada Tingkap!

Jika anda berpeluang untuk pilih seat flight, anda boleh semak no seat flight tersebut sebelum membuat tempahan. Ini kerana ada no seat di beberapa Airlines yang tidak mempunyai tingkap. Jadi anda tidak boleh lah nikmat pemandangan indah ketika berada di udara dengan melihat pemandangan bumi.

Sekiranya anda sudah biasa menaiki kapal terbang dan tiba-tiba dapat seat yang tiada tingkap, mungkin anad tidak kisah tetapi jika anda kali pertama dan terpaksa menghadapi situasi ini, pasti sedikit kecewa. Dapat pula tempoh penerbangan yang jauh dan perjalanan ambil masa lebih daripada 5 jam, pasti bertambah kecewa.

Jadi disini dikongsikan bagaimana cara semak no seat flight bagi mengelakkan kedudukan kerusi tersebut tidak selesa atau menarik atau mungkin tiada tingkap.

Cara Semak No Seat Flight. Takut Seat Tiada Tingkap!

Cara Semak Kedudukan Seat Flight Yang Baik

Anda boleh semak kedudukan atau no seat flight anda menerusi online sahaja. Tidak perlu pergi ke kaunter tempahan tiket pun. Caranya adalah :
  1. Lawati laman web rasmi www.seatguru.com
  2. Kemudian pilih tab Airlines
  3. Disinilah anda boleh pilih pelbagai Airlines seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Jepun Airlines, Turkish Airlines dan sebagainya
  4. Kemudian akan disenaraikan jenis kapal terbang yang ada pada Airlines tersebut. Pilih dan Klik
  5. Anda akan ditunjukkan layout dan informasi bagi kedudukan seat pada kapal terbang tersebut

Sebagai contoh, pada Malaysia Airlines Boeing 737-800 (738). Pada layout kapal terbang ini ditunjukkan kedudukan kelas ekonomi, kelas bisnes, kedudukan kokpit, jalan keluar dan pelbagai lagi. Juga terdapat beberapa warna yang menandakan keadaan seat tersebut.

Cara Semak No Seat Flight. Takut Seat Tiada Tingkap!

Inilah contoh kalau anda klik pada seatguru.com. Disini jika anda lihat terdapat 3 warna iaitu Hijau, Kuning dan Merah. Kerusi Hijau itu adalah yang terbaik kerana menyediakan ruang kaki yang luas. Kerusi Kuning menunjukkan kedudukan yang kurang selesa kerana kadar turun sudut sandar adalah kurang kerana ianya kawasan exit. Jadi anda tidak boleh sandar sangat. Manakala kerusi Merah dibahagikan kepada 2 iaitu belakang sekali dan tengah. Kerusi Merah belakang sangat tidak menarik kerana anda tidak boleh turunkan sudut sandar dan anda juga akan keluar daripada kapal terbang yang terakhir.

Untuk Seat Merah 8A dan 8F disitulah seat yang tiada tingkap. Elakkan no seat tersebut jika menaiki MAS kerana anda tidak dapat nikmat pemandangan luar disitu. Tetapi keadaan lain sama seperti seat lain. Boleh rujuk ciri yang disediakan di sini

Cara Semak No Seat Flight. Takut Seat Tiada Tingkap!
sumber : Seat 8A

Bagi seat di Airlines lain, anda boleh semak juga. Setiap Airlines menggunakan jenis Kapal Terbang yang berbeza. Jadi no. seat juga berbeza. Untuk mengelakkan tidak dapat bahagian tingkap, sila semak dahulu no seat flight anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post