Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Perth, Australia antara tempat yang menarik dan sesuai untuk dilawati oleh rakyat Malaysia khususnya. Ini kerana tempat yang cantik, langit biru, pantai cantik dan negera yang sepertinya anda berada di Eropah.  Selain itu, tempoh penerbangan ke Perth hanya 5 jam berbanding ke Eropah dengan tempoh penerbangan lebih 8 jam. Tambahan lagi, duit Australian Dollar, AUD tidaklah terlalu besar berbanding Euro, Pound atau USD. Perth ni memang sesuai la untuk travel.

Tetapi sebenarnya, selain daripada pelancong daripada Malaysia ramai ke Perth, ada lagi rakyat Malaysia yang sudah berada di sana iaitu dengan bekerja dan duduk disana dengan menggunakan visa pelancong tetapi dalam tempoh yang lama (duduk secara haram). Baru-baru ini, ada pihak memberitahu, lebih 300,000 rakyat Malaysia bekerja secara haram di sana.

Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Disebabkan inilah, pihak imigresen di Lapangan Terbang kini menjadi lebih tegas dan strict. Disebabkan ini juga ada sekumpulan bakal pelancong telah dinafikan untuk terbang ke Perth atas sebab-sebab yang tidak jelas.

Perkongsian ini dikongsikan oleh pemilik akaun twitter @reenzahari yang menceritakan bagaimana beliau bersama 5 rakan yang lain telah dinafikan untuk berlepas ke Perth, Australia tanpa sebab yang jelas walaupun visa, passport sudah jelas membenarkan mereka berlepas ke Perth daripada Kuala Lumpur. Tetapi mereka tersadai di KLIA 2 sahaja.

Kisah Di Tahan Oleh Pihak Profiler Australian

Kejadian ini berlaku ketika masih di KLIA 2 lagi, iaitu di dalam bilik berlepas. Jadi yang menahan mereka bukanlah pihak imigresen Malaysia tetapi profiler iaitu wakil daripada Australia. Tugas mereka adalah mengesan mana-mana suspek yang mungkin datang ke Australia bukan tujuan untuk
travel atau melancong tetapi untuk stay dengan tempoh yang lama dan bekerja secara haram. Dan yang menjadi mangsa adalah orang yang betul-betul ingin ke bercuti seperti reenzahari ini.

Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Profiler yang tidak mengenalkan diri itu, terus minta passport mereka untuk disemak dan soalan pertama yang dikeluarkan dan dilontarkan kepada mereka adalah 'how much money do you guys bring'. Mereka memberi tahu mereka membawa AUD350 bagi setiap orang. Profiler tersebut sepertinya terkejut dengan jumlah yang dibawa seolah-olah merasakan ianya tidak cukup untuk bercuti di Perth. Tambahan pula, credit card pula hanya seorang je yang ada. Ini seolah-olah mengatakan, mereka semua datang dengan tiada persiapan dan ingin mencari duit (bekerja) di Perth.

Walaupun itinerary sudah disiapkan dan disimpan di dalam telefon, tetapi profiler tidak membenarkan mereka untuk lihat ketika disoal-siasat. Jadi mereka perlu ingat segala aturcara perjalanan selama berada di Perth tanpa merujuk mana-mana sumber baik kawan dan telefon. Daripada 6 orang tersebut, sebenarnya hanya seorang sahaja yang ingat dan hafal berkaitan aturcara perjalanan ini. Dengan sebab inilah, akhirnya profiler yang katanya one of Australian Immigration terus pergi dengan membawa passport mereka sekali.

Akhirnya, mereka sekawan diputuskan tidak dibenarkan boarding kerana mereka tidak nampak seperti pelancong atau ingin travel, tetapi ingin datang ke Australia untuk bekerja. Sehingga flight pukul 12, akhirnya gate telahpun ditutup dan kapal terbang pun berlepas daripada KLIA 2 terus ke Perth, Australia tanpa 6 sekawan ini.

Dengan kejadian yang tidak disangka ini, akhirnya mereka redha dan terus membuat keputusan untuk bercuti ke Krabi instead of ke Perth. Bagi memenuhi mood bercuti mereka, terpaksa juga ubah jadual. Travel ke Krabi pula.

Tips Sebelum Bercuti Di Perth, Australia

Daripada kejadian ini, pihak Australia telah simpulkan kesalahan mereka tanpa usul periksa yang terperinci seperti anggap mereka tidak berduit dan keadaan bukan seperti seorang pelancong. Ini juga bukan salah profiler sepenuhnya,, kerana ianya tugas mereka. Ini salah rakyat Malaysia yang datang ke Australia untuk stay dan bekerja secara haram di sana.

Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Jadi antara tips yang boleh diamalkan sebelum melancong:

  1. Bawa duit dengan jumlah yan banyak mungkin RM1000 dan kad kredit. Sesuaikan tempoh selama mana anda berada di sana. (hakikatnya ianya sudah terlalu mewah sebenarnya). Kalau takda kredi kad, daftar BigPay je sebagai kredit kad. Berbaloi-baloi lagi kalau nak guna.
  2. Berpakaian sangat menarik ketika sampai di airport seolah-olah anda begitu excited ingin bercuti. Bawalah topi ke, pakai perfume ke yang boleh nampakkan anda ingin pergi bercuti.
  3. Sila persiapkan awal semua tempahan dan itinerary di Malaysia dan print cantik-cantik. Jangan simpan dalam telefon sahaja. Sila hafal dan fahamkan juga setiap aturcaya perjalanan tersebut. Semua ahli kene hafal dan faham, jangan biarkan ketua sahaja. Mengelakkan disyaki.


Mungkin ini adalah antara tips yang anda boleh pakai ketika ingin melancong di mana-mana sahaja
terutamanya di negara yang imigresennya tegas dan strict seperti Australia. Jika rezeki tidak menyebelahi juga, akhirnya berdoa la juga supaya setiap perkara dipermudahkan daripada mula hingga akhir perjalanan.


sumber artikel

Post a Comment

Previous Post Next Post