Anda pernah idamkan percutian di dalam kapal besar dengan menaiki Cruise? Mungkin ada peluang, kita semua juga nak merasai bermalam di atas kapal merentasi laut yang luar. Tapi risau dengan belanja, naik kapal besar, naik kapal mewah, mesti mahal kan. Takpa tengok dulu perkongsian menaiki Cruise dengan bajet RM1300 je seorang.

Pengalaman Menaiki Star Cruise Dengan Bajet RM1300 Seorang

Pengalaman ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook Fatihah Kamarudin dimana sempat bercuti di atas kapal mewah SuperStar Gemini selama 4 hari 3 malam dengan harga RM1300 sahaja. Mungkin mana yang berminat, boleh tengok perkongsiannya di bawah

Menaiki Cruise Selama 4 Hari 3 Malam Dengan Bajek RM1300

Fatihah menaiki Cruise tersebut pada April 2019 dan berkongsi dengan pembaca semua pada November 2019 yang lepas. Perjalanan menaiki Star Cruise Gemini bermula daripada Port klang ke Phuket ke Pulau Langkawi dan patah balik ke Port Klang.

Bajet yang dikongsikan selama 4 hari 3 malam tersebut sebanyak RM1300 seorang  (pandai cari masa sale, pandai cari pakej lagi murah boleh dapat). Pakej termasuk :

Pengalaman Menaiki Star Cruise Dengan Bajet RM1300 Seorang

#1 - Bilik Porthole Sea View

Nak bilik yang ada balcony, tingkap besar-besar ambil lah pakej yang lagi mahal okay. Bezanya harga pakej sebab bilik je. Yang lain semua sama.

#2 - Utilities, Shows and all Activities

Semua utilities, shows (puppet show, talent show, circus), wayang, activities, semua boleh join. In fact kalau join sometime boleh dapat hadiah duit, discount spa dan macam-macam lagi.

Pengalaman Menaiki Star Cruise Dengan Bajet RM1300 Seorang

#3 - Makan 5 Kali Sehari

Makan 5 kali sehari (ini part paling best). Boleh pilih 3 restaurant (total 5 restaurant boleh pilih tapi 3 je pork free and genting group cruise is certified halal ) mana nak masuk every meal time.

Senarai Restauren
  • Mariner restaurant: buffet asian food (Siapa perut melayu digalakkan masuk sini)
  • Bella vista: western food. Yang ni bukan. buffet. So bila pergi dia bagi meja tunggu la makanan sampai. Dari appetizer to dessert.
  • Ocean restaurant: western and grill. Yang ni best bila malam. Makan outdoor sambil ditiup lembut angin laut.

Ada banyak lain-lain restaurant cuma yang lain-lain tu bayar sendiri.

Pengalaman Menaiki Star Cruise Dengan Bajet RM1300 Seorang

Pit Stop (Phuket Dan Langkawi)

Phuket Pit Stop

Cruise berhenti 8 jam dekat Phuket. Boleh turun jalan-jalan. Kapal ke jeti Phuket akan naik feri, yang ni free je. Tapi kena ambil masa pukul berapa turun dekat reception. Kalau nak ambil tour guide dari kapal kena extra charge. 1300baht per person. Tapi bagi yang nak jimat, tak payah pun ambil pakej, boleh naik tut tut je. Tak pun kalau nak ada tour guide juga, ambil waktu turun dari kapal. Berlambak dan murah.


Pulau Langkawi Pit Stop

Cruise berhenti 5 jam. Nak ambil tour guide dalam kapal pun ada tapi macam biasa mahal lah. Teksi dekat bawah RM100. Kalau takat nak pergi beli coklat je, ambil lah grab.

Setiap pit stop sebenarnya diberi pilihan sama ada anda ingin turun daripada kapal cruise atau pun tidak. Duduk je dalam kapal pun boleh. Sebab dalam kapal memang akan ada aktiviti.

Dalam kapal tak guna duit, kapal akan bagi access card. Satu access card digunakan hampir untuk semua perkara seperti pintu bilik, untuk masuk restaurant, untuk beli belah atas kapal. So hari terakhir, kena pergi reception untuk settlekan bil sebelum check out dari kapal. Access card dikirakan sebagai passport atas kapal.

Pengalaman Menaiki Star Cruise Dengan Bajet RM1300 Seorang

Dalam kapal ada wifi tapi kena bayar (Pakej wifi seperti social apps untuk 24 jam dengan harga Rm24 atau pakej full wifi selama 4 hari dalam RM100 lebih). So terpulang lah nak beli ke tak. Kalau ikutkan kepada bajet yang jimat, tak payah lah ambil. Sebab first, mesti busy dgn phone je bila dah ada wifi dah tak menghayati keindahan ciptaan tuhan. Second, sampai Phuket korang pergi jela nearby restaurant mintak je password wifi dorang. Third, dah sampai Langkawi. So dah ada connection balik. So sangat lah rugi ambil wifi dalam kapal.

Mana nak cari pakej? Korang boleh pergi Website Star Cruise sendiri, matta fair (tapi ramai kata ambil dekat matta fair mahal), or agent. Naik kapal bukan mcm pergi bercuti naik kapal terbang. Cruise macam another experience. So i suggest lah for you guys untuk naik sekali seumur hidup. Kalau lagi mampu, naik lah kapal yang lagi mahal okay.

Jika anda mabuk laut, mungkin boleh sediakan atau bawa ubatan sendiri. Tetapi kebiasaanya kapal yang besar seperti Star Cruise ini tidak terasa bergoyang sentiasa. Mungkin jika cuaca tidak baik, mungkin bergoyan sedikit.


sumber : Fatihah Kamarudin

Post a Comment

Previous Post Next Post