Berita baik khusus untuk rakyat Malaysia. Kerajaan New Zealand mengajak kita untuk pergi ke New Zealand bagi kerja sambila melancong di sana. Untuk melancong atau travel ke New Zealand kita perlu visa, untuk kerja sekali pun kita perlu visa. Jadi dengan Working Holiday Visa ini, anda boleh bekerja sambil melancong di NZ secara sah.

Anda Boleh Mohon Visa New Zealand Untuk Kerja Sambil Melancong Di Sana

Kita banyak lihat gambar dan baca pengalaman rakyat Malaysia yang melancong di New Zealand selama beberapa hari disana. Pemandangan gunung yang cantik, lembah yang menarik, rumput menghijau dan kalau ada rezeki dapat jumpa burung kiwi yang terkenal di New Zealand. Pasti ramai antara kita ingin kesana pada suatu hari nanti.

Sekarang pun kadar tukaran wang New Zealand Dollar tidaklah terlalu tinggi (NZD1 = ~ RM2.69). Jadi mungkin ini masanya anda berkelana di sana untuk beberapa bulan dengan sambil kerja dapat jalan-jalan di sana. Duit dapat, pengalaman pun dapat.

Baca Juga : Ingin Pergi Ke Maldives? Baca Dulu Tips Disini

Kerajaan New Zealand bermurah hati menjemput anda datang ke New Zealand untuk mencari peluang dan pengalaman selama berada disana. Tetapi anda juga perlu memenuhi beberapa kriteria dan syarat sebelum melayakkan anda memohon visa ini.

Anda Boleh Mohon Visa New Zealand Untuk Kerja Sambil Melancong Di Sana

Permohonan Working Holiday Visa Di New Zealand

Anda boleh mula membuat permohonan Working Holiday Visa New Zealand bermula 23 Januari 2020 pada jam 5 pagi wakti Malaysia atau jam 10 pagi waktu New Zealand. Antara kondisi yang ditetapkan kepada rakyat Malaysia melalui visa ini adalah :
  1. Anda boleh menetap untuk kerja, belajar dan travel di New Zealand sehingga 6 bulan
  2. Mestilah berumur antara 18 hingga 30 tahun
  3. Kuota permohonan hanya dibuka sebanyak 1150 setiap tahun

Syarat Permohonan

Antara syarat yang ditetapkan adalah :
  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia
  2. Mesti mempunyai simpanan sekurang-kurangnnya NZD2250 (~RM6050) sebagai kos sara hidup di New Zealand.
  3. Anda perlu memohon Working Holiday Visa secara online
  4. Anda tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan tetap
  5. Anda tidak boleh membawa pasangan atau anak-anak menetap disana. Jika mahu juga, anda perlu memohon asing bagi visa tersebut.
Anda Boleh Mohon Visa New Zealand Untuk Kerja Sambil Melancong Di Sana

Cara Memohon

Jika anda berminat untuk kerja dan berjalan di sana, anda boleh memohon Working Holiday Visa New Zealand di pautan di bawah dengan harga NZD208 (~RM560) yang boleh dibuat pembayaran melalui kad kredit atau kad debit.


Semoga permohonan anda Berjaya dan diberi rezeki untuk bekerja di New Zealand dan sambil-sambil dapat menikmati percuti yang indah disana. Jika tidak Berjaya, anda boleh sahaja pergi bercuti disana tanpa bekerja ataupun mohonlah visa tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang pula.

Post a Comment

Previous Post Next Post