Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

Inginkan percutian dengan ketenangan di dalam kawasan urban? Mungkin anda boleh pilih bercuti di Putrajaya. Tapi ada ke tempat yang menarik di sana? Bukan banyak bangunan-bangunan kerajaan je ke di sana. Mungkin jika kali pertama anda pergi ke Putrajaya, anda hanya lihat bangunan kerajaan je, tetapi ada banyak lagi sebenarnya.

Jadi apa tempat menarik yang ada?

Ada ke tempat yang boleh membawa ketenangan di sana? Ada ke tempat menarik di Putrajaya ni? Meh sini lihat senarai tempat menarik yang boleh anda lawati di Putrajaya.

Senarai Tempat Menarik Di Putrajaya


#1 - Tasik Putrajaya

Anda boleh mengelilingi Tasik Putrajaya dengan menaiki perahu tradisional atau pun bot cruise berhawa dingin! Aktiviti ini mengambil masa selama 25 minit hingga 2 jam bergantung kepada pakej yang dipilih. Anda boleh ambil peluang mengambil gambar dan berswafoto sebanyak mungkin semasa melewati pelbagai mercu tanda sekitar Tasik Putrajaya.

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

#2 - District 21

Jika anda sukakan sukan ekstrem tetapi mahu dilindungi daripada sinaran mentari? Ayuh ke District 21 di IOI City Mall! Pelbagai aktiviti ekstrem boleh dilakukan di sini! Anda boleh nikmati aktiviti lasak dan ekstrem ketika berada di sini.

Semasa bersukan, pengunjung boleh berhenti sebentar dan keluar untuk makan, kemudian sambung semula kerana tiket boleh digunakan sepanjang hari!

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

3. Taman Botani Putrajaya Dan Astaka Morocco

Hirup udara segar dengan berjalan-jalan di Taman Botani Putrajaya, kemudian terus ke Astaka Morocco untuk mengambil gambar dan berswafoto sebanyak-banyaknya kerana memang terasa bagaikan berada di negara Afrika Utara sendiri!

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

4. Kompleks Seri Perdana

Inilah menjadi mercu tanda Putrajaya. Ingin tahu bagaimanakah rupanya rumah Perdana Menteri Malaysia? Apa kata anda lihat sendiri dengan menjejakkan kaki ke kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Seri Perdana!

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

5. Kafe Bubbles and Beans

Kini telah tiba musim cuti sekolah. Jadi serlahkan kreativiti anak-anak anda dengan menghasilkan buih dalam pelbagai bentuk dengan datang ke Kafe Bubbles And Beans! Kafe ini juga menyediakan beca roda tiga, basikal dan van dihiasi lampu LED yang semuanya boleh disewa untuk anda bersiar-siar bersama-sama keluarga sekitar kawasan!

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

6. Taman Wetland Putrajaya

Tempat ni sangat sesuai untuk aktiviti keluarga seperti melihat bintang, berbasikal, berkayak, night-trekking dan bird watching! Senang juga anda boleh memperoleh ketengan bersama keluarga. 

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya

7. Muzium Kehakiman di Istana Kehakiman

Tahukah anda bahawa para pengunjung ke Muzium Kehakiman berpeluang untuk menyarungkan Jubah Istiadat Hakim? Setiap jubah berharga antara RM18 ribu hingga RM19 ribu tau. Jadi disini anda boleh cuba dan bergambar dan berswafoto.

Tempat Menarik Boleh Di Lawati di Putrajaya


Ini lah antara tempat-tempat yang anda boleh lawati ketika berada di Putrajaya. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh anda datang. Semoga anda mempunyai idea dimana anda boleh lawati ketika berada di Putrjaya kelak.


sumber : gayatravel

Post a Comment

Previous Post Next Post