Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Nak pergi Korea Selatan? Anda kene baca ini tentang aplikasi smartphone mana yang diperlukan ketika anda travel ke negara tersebut. Korea Selatan antara negara kegemaran rakyat Malaysia khususnya. Mana kan tidak, jika anda pergi ke sana je, mesti jumpa orang Malaysia tidak kira la mana-mana tempat.

Jadi jika anda sedang merancang untuk travel atau bercuti ke Korea Selatan, persiapan rapi perlulah dibuat walaupun ramai pelancong Malaysia di sana. Anda kene tahu perkara penting, Korea Selatan rata-rata rakyatnya sukar untuk berbahasa Inggeris. Jadi translator tiada, mungkin susah sikit.

Tapi sekarang zaman dah maju, guna Google Translate je. Apa dieorang cakap, kita boleh faham dan apa kita cakap, dieorang pun boleh faham. Ini adalah antara aplikasi smartphone yang berguna ketika berada di Korea. Takkan tu je? Jadi kalau nak tahu aplikasi apa lagi yang diperlukan ketika travel ke Korea Selatan, boleh baca selanjutnya.

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Berada di Korea Selatan


#1 - Google Translate

Kita sedia maklum, Korea Selatan menggunakan bahasanya sendiri iaitu Bahasa Korea dan penulisannya juga menggunakan tulisannya tersendiri yang pasti berbeza dengan Malaysia. Jadi mungkin ada sedikit batasan dari segi komunikasi. Tetapi dengan menggunakan Google Translate, anda boleh atasi masalah ini sedikit. Mana perkataan atau percakapan yang tidak faham, anda boleh guna Google Translate iaitu translate daripada Korean to English or Melayu dan sebaliknya

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Download : Sini

#2 - KakaoMap

KakaoMap sama seperti Waze jika di Malaysia. Ianya sebuah aplikasi navigasi atau map untuk pemanduan. Aplikasi ini akan menunjukkan tempat-tempat menarik, memberi perjalanan yang pantas ketika di Korea, tunjuk arah ke restoren dan sebagainya. Kene ada ni.

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Download : Sini

#3 - Visit Korea - Official Guide

Aplikasi ini merupakan aplikasi rasmi daripada Korea Tourism Organization. Ianya merupakan aplikasi panduan perjalanan semasa di Korea Selatan. Ianya menyediakan informasi berkenaan tempat-tempat menarik, makanan lokal, tempat shopping, , public transport, currency dan sebagainya.

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Download : Sini

#4 - KakaoMetro - Subway Navigation

Aplikasi ini digunakan ketika menggunakan Subway di Korea. Disini anda boleh tahu jadual perjalanan train, harga perjalanan dan sebagainya. Di Korea hampir train nya adalah berada di dalam tanah atau subway. Jadi aplikasi ini sangat penting kalau anda berjalan menggunakan public transport.

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Download : Sini

#5 - KakaoBus

Kalau ikut namanya dah tahu ianya digunakan ketika menggunakan bas. Aplikasi ini menyediakan waktu sebenar perjalanan bas bagi 57 bandar di Korea. Kedudukan bas, dimana nak bus stop dan sebagainya. Pengguna bas, kene ada ni tau.

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Download : Sini

 #6 - KKday - Adventure Like a Local

Aplikasi ini menyediakan pembelia apa-apa keperluan ketika travel seperti pocke wi-fi, sim kad, JR Pass, tiket train dan sebagainya. Anda juga boleh membeli tiket disnyeland, Universal Studio menggunakan aplikasi KKday ni bagi negara yang terlibat. Kalau di Korea, boleh beli tiket Nanta Show, Everland, Nami Island dan sebagainya. Semuanya online sahaja.

Download : Sini

#7 - Naver Map

Naver Map ini alternatif lain daripada aplikasi KakaoMap. Ianya aplikasi navigasi bagi pemanduan. Kalau anda drive di Korea, mungkin aplikasi ini untuk anda. Ada ciri pencarian, explore, navigasi, street view dan sebagainya

Download : Sini

#8 - BigPay

Untuk kadar pertukaran mata wang yang rendah, anda boleh cuba BigPay. Untuk maklumat lanjut, boleh baca sini. BigPay menawarkan kadar tukaran yang rendah berbanding kad bank lain. Dimana ada pembayaran menggunakan mastercard, anda boleh guna kad BigPay ini. Nak withdraw duit di ATM pun boleh tau. Mungkin boleh cuba ni. 

Aplikasi Smartphone Yang Diperlukan Ketika Anda Travel Ke Korea

Download : Sini

Inilah antara aplikasi yang diperlukan ketika anda travel ke Korea Selatan ini. Sedikit sebanyak, aplikasi ini dapat memudahkan anda berinteraksi, penjimatan, pengangkutan selama berada di sana. Kalau anda ada aplikasi lain nak dikongsikan. Boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post